BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 25, 2012

Solehah @ Soleh kah aku????

Assalamualaikum w.bk.t. Sidang pembaca yg saya hormati sekalian.. Pengisian cerita saya pada hari ini adalah berkisahkan tentang jasa dan pengorbanan insan bergelar ibu dan ayah. Saya ingin mengajak para pembaca bersama2 saya untuk merenungkn adakah kita berjaya menjadi intan dan permata yang berjasa kepada ibu dan ayah atau kita telah menjadi duri dlm hidup mereka..Dimanakah kita sebenarnya???siapakah kita sebenarnya??? adakah kita mampu membalas jasa ibu dan ayah kita??? Sama2lah kita menghayati cerita ini.. Semoga kita diberikan Nur Hidayah oleh Allah untuk kembali kepada fitrahnya..Amin.. :=)
 
Manusia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa bagi yang bertuah manakala yang kurang bernasib baik, ibu yang melahirkan akan dijemput Allah SWT. Maka beruntunglah ibu itu menjadi syahid saat melahirkan anak. Kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tanpa memikirkan kesenangan diri sendiri, ibu dan ayah memenuhi hidup kita dengan kehendak yang kadang kala di luar kemampuan mereka.

Sebuah cerita, anak membunuh ibunya lalu di ambil hati ibunya untuk dijual, dalam perjalanan anak itu dia terjatuh. Lalu hati ibunya berkata "Hai anakku, lukakah kamu?". Mulia sungguh ibu kerana biarpun dia terluka namun tidak pernah terdetik dalam hati mereka dengan kebenciaan malah diselaputi dengan kasih sayang.

Masihkah anda ingat siapa yang membersihkan najis kamu ketika kamu tidak berupaya? Seorang ibu dengan anak seramai 10 orang mampu membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Sebuah cerita lain, digorengkan anak-anaknya denga ikan goreng lalu diberinya anak-anak mereka makan sehingga kenyang. Manakala ibu hanya berkata, "Makanlah anak ibu, ibu dah makan tadi!' Ibu kita membohongi kita demi anak-anaknya.




Anak mula belajar di pusat pengajian tinggi, demi kejayaan anak ibu bapa sanggup mengadai emas, tanah dan rumah semuanya kerana anak-anak. Sehingga berjaya anak itu.

Kini kita telah dewasa, saat gemilang telah tiba dan kerana ayah dan ibu kita berjaya. Berapa kalikah seminggu anda menghubungi mereka? Anak-anak pun telah berkahwin, bahagia dan disamping isteri dan suami yang cantik dan kacak. Ibu dan ayah bangga tersenyum dapat menantu-menantu yang cantik dan kacak. Biasalah, ibu bapa mestilah bangga bila orang kampung semua memuji. Biarlah mereka, sedang bahagia melihat kebahagiaan nak mereka.

Ibu dan ayah mula sakit kerana usia mereka yang telah lanjut. Anak-anak makin sibuk, semakin sukar hendak pulang melawat mereka dan membuat panggilan. Terguris hati mereka dan terasa seperti dilupakan. Hati mereka sedih.

Ayah telah pergi meninggalkan dunia, tinggalah ibu seorang di rumah, manalah anak-anaknya seramai 10 orang itu. Hati si tua semakin sedih dan mudah terasa. Bertanya dia, hai anak lupakah dikau dengan ibumu yang seorang ini..

Ibu jatuh sakit, tidak berdaya dia untuk menguruskan diri. Anak-anak berkejar-kejar pulang ke kampung.. Bergaduh sesama mereka, along salahkan angah, angah salahkan achik dan berterusan sampai ke bongsu. Cucu-cucu si nenek hanya senyap melihat gelagat ayah dan mak mereka
.


Keputusan dibuat, ibu dihantar ke rumah orang-orang tua. Ibu semakin sihat dan ceria kerana ditemani oleh kawan-kawan dan anak muda yang sanggup menjaga mereka di rumah orang tua. Setiap bulan ada saja antara anak-anak ibu melawat, ibu seronok kerana cucu-cucu ada bersama walaupun seketika. Berkata cucu kepada anak si ibu "Ayah nanti ayah dah tua macam nenek, Aiman kena hantar ayah di sini juga ke?" Lalu terkedu si ayah.. Aiman pun berkata "Aiman Tak Kisah"

Antara kita, berapa ramai yang sudi basuh najis ibu dan ayah mereka? Berapa antara kita yang sanggup jaga mereka dan berapa ramai menantu yang sanggup menjaga mertua mereka?

P/S : Bersempena Hari Kelahiran ibu saya yang ke 51, sy nak mtk maaf ats segala salah silap sy terhadap ibu sy.. Emak, kakak mtk dihalalkan susu Emak yg kakak minum semasa kecil.. Insyallah.. Kakak hadiahkan Keluarga Soleh & Solehah untuk Ibu.. Jasa emak kakak balas..Insyallah...:')

Friday, March 16, 2012

PaNtAi ReMiS 2012 ~ sweet memories~

 Assalamualaikum pembuka bicara.. hai kawan2..hari nie entry terbaru Ary Gurlz berkaitan dengan Pantai Remis dkt kapar, Kuala Selangor. Bertarikh 16/3/2012 hari jumaat..ary n kawan2 dri fakulti Business dan Pharmacy buat gathering kat pantai remis.. best..syok giler makan seafood...huhuhu.. kenyang oooo..sampai xcukup space perut...kihkihkih.. ape kater kita tinjau sikit2 siape kawan2 ary yg join romdbongan g Pantai Remis ok..Jom check it out!!!! :p

With My Bestfriend <3 <3

Letih tunggu siiswa..hahaha :P

friend forever at pantai remis..





Tuesday, March 13, 2012

THE HUNGER GAMES

Assalamualaikum...hai kawan2.. ary gurlz dh mai nie.. haa...mula lah sy nk berceloteh tanpa henti..kihkih.. tetibe topic story kiter hari nie lainmc jer kn...huhu..The Hunger Games??? game ape tu??? game PS2 ke??? hoho..of coz lah bukan..The Hunger Games nie..Citer yang baru keluar kt pawagam..saja2 je lah sy nk promote citer  nie.. best citer nie..rugi xtengok..klu kawan2 ad GF/BF..bawa lh mereka release tension g tgk wayang kn??? dri pada dok baca buku..dok study penat2 tp xmasok kepala nk buat ape kn?? kihkih... Filem The Hunger Games nie..sinopsisnyer begini ye..~~Pada suatu hari........


 errkk?????? alahhhh...gemik jer nie..hihihi....cer tgk tarikh citer ni..haaa..xlama lagi dh nk launch... ok kiter sambung balik....:)

SINOPSIS:


"Every year in the ruins of what was once North America, the evil Capitol of the nation of Panem forces each of its twelve districts to send a teenage boy and girl to compete in the Hunger Games. A twisted punishment for a past uprising and an ongoing government intimidation tactic, The Hunger Games are a nationally televised event in which “Tributes” must fight with one another until one survivor remains.
Pitted against highly-trained Tributes who have prepared for these Games their entire lives, Katniss is forced to rely upon her sharp instincts as well as the mentorship of drunken former victor Haymitch Abernathy. If she’s ever to return home to District 12, Katniss must make impossible choices in the arena that weigh survival against humanity and life against love."
Jeng!jeng!jeng!...haaa..mcm nie lah sinopsis citer nie...amacam??? best x?? jom kita pakat2 dgn org yg tersayang..kiter g serbu panggung !!!
bye2XXXX Check it OUT!!!! :P 

Monday, March 12, 2012

MGK 46 (^__^) HuHuHu

MGK 46???? ape tu?? hurmmm..hanya insan seperti aq ajer yg tau ape tu MGK 46..huhuhu..first time dpt pegang jawatan dlm program nie.. walaupun masih baru dlm pengurusan..it is interesting...but... not at all.. normal lh kn..setiap yg dirancang pasti ad aral melintangnyer..but ..its okay lah..apa yg penting matlamat program nie tercapailah jugak akhirnya... JOM..kiter check it out!!!!!!...



huhu..k lah..aq xleh nk sumbat gmbr banyak2..sbb program nie private sikit..kihkihkih...k..bye2..:p