BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 31, 2011

Siapakah yang Mampu mengerti????

lama gak aq x update blog nie..bnyk sgt kerja..aq tension sikit skrng nie..semua quiz n test aq xlulus..ape nk jadi nie wei???? nk kater xstudy aq study dok!!!! Giler xstudy???? tp semua xsangkut..mcm nk nangis pun ad rasa nie..siapa sanggup dengar aq nangis sila angkat tangan...wawawawawawa (T_T)

Monday, March 14, 2011

Impian Hidupku.. :)







aku seorang gadis yg cukup sederhana
aku tidaklh secerdik Jauhari
dan aq tidaklh secantik bidadari..
aku adalah aku..
hanya cukup dengan sederhana..

Sepanjang zaman keremajaan ku..
jerit dan perih aq tempuh..
berjalan kaki sejauh yg mampu utk dtg ke sekolah..
ingin menimba ilmu yg sgt bernilai itu..
diwaktu matahari sedang lagak memancarkn cahayanya..
aq menguatkn langkahku utnk pergi menimba ilmu..
ejekkan dan cemuhan rakan menjadi pembakar semnagatku itu berjaya sampai ke situ..
ke mana????
Menara Gading Impian ku..

Setelah aq sampai ke Menara gading..
Impianku masih belom selesai..
aq ingin menggenggam segulung ijazah itu..
jatuh tersungkur menjadi resam aq menggenggam ijazah itu..
Tapi aq telah mula diserang rasa kecewa dan putus asa..

Tapi mengapa aq harus berasa kalah sebelom aq berjuang?????
penamat masih jauh...
mengapa aq harus biarkn diriku jatuh tersungkur????
Mengapa aku tidak bangkit???

Bangkit lah wahai jiwa yg gusar untuk kau bangun dari lenamu....
Bangkitlah wahai hati yang patah untuk kau terus nyalakan api semangatmu..
Bangkitlah wahai akal yg lemah untuk kau jadi akal yg berguna
Bangkitlah wahai insan untuk kau tunai hasrat ibu dan ayahmu..
untuk kau balas jasa ibu dan ayahmu..
untuk kau bahgiakn ibu dan ayahmu..

"pesan ibu:-
wahai anakku..pergilah dikau ke tempat org..
utk kau timba ilmu di dada..
untuk kau isi kekosongan jiwa..
wahai anakku..
pergilah engaku ke tempat org, untuk mencari segenggam kejayaan..
buat kebahgiaan dirimu dimasa hadapan,
juga buat adik2mu yg engkau tinggalkan..
Tunaikn lh janjimu itu untuk menjadi insan berguna kepada keluarga yg tercinta..

wahai anakku,
jagalah dirimu sebaik2 nya..
semoga allah melindugimu...

Amin...

Wednesday, March 9, 2011

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain
(ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.